Saturday 2 April 2016

PENGURUSAN KONFLIK DAN STRES

  • Stress dan konflik yang timbul daripada perubahan fizikal , fisiologi dan persekitaran sosial , boleh menggangu kesihatan mental kita . Keadaan ini boleh diatasi  jika mempunyai kemahiran untuk mengatasi konflik dan stress . 
SITUASI YANG MENYEBABKAN STRESS
  • Stress ialah reaksi badan kepada sebarang reaksi badan kepada sebarang perubahan yang memerlukan penyesuaian respons.
  • Stress terbahagi kepada dua iaitu eustres dan distres.
Eustres
  • Boleh memberi kesan yang positif seperti membantu kita menjalankan tugas dengan lebih baik dan bertenaga.
Distres
  • Boleh memberi kesan yang negatif seperti menyebabkan kebimbangan dan berasa tidak berguna .

  • Stress boleh berpunca daripada stressor luaran atau stressor persepsi.
Stressor


Luaran 
  • Gagal mencapai matlamat
  • Terlebih bebanan 
  • Kesunyian dan kebosanan
Persepsi
  • Personaliti 
  • Tabiat tingkah laku
  • Harga diri

Terdapat beberapa situasi yang menyebabkan stress antaranya adalah peperiksaan dan masalah perhubungan dengan rakan sebaya dan keluarga .


A.Peperiksaan
  • Faktor yang menyebabkan kita mengalami stress ketika menghadapi peperiksaan ialah :
  1. Tersalah jadual peperiksaan
  2. Lewat tiba ke tempat peperiksaan
  3. Masalah Kesihatan 
Image result for gambar kartun stress

 B.Masalah perhubungan dengan rakan sebaya dan keluarga
  1. Ibubapa yang pilih kasih,
  2. Perbezaan umur antara adik beradik yang terlalu jauh.
  3. Sukar menyesuaikan diri dengan rakan sebaya ketika berpindah ke sekolah baru.


STRATEGI MENGURUSKAN  STRESS

Pengurusan stress terdiri daripada 3 jenis kemahiran iaitu mengelakkan stressor luaran , mengawal dan mengurankan reaksi stress diri.

  1. Pengurusan Masa
  • Merancang penggunaan masa
  • Mengutamakan perkara yang penting
     2. Beriadah 
  • Joging
  • Yoga
  • Berenang
     3. Bersikap Positif
  • Mengetahui kelebihan dan kemampuan diri
    4. Mengamalkan Pemakanan Seimbang
  • Amalkan tabiat pemakanan yang baik 
  • Jangan ambil alkohol , rokok dan dadah
    5.Mendapatkan sokongan sosial
  • Minta nasihat , pandangan atau pendapat orang lain .
  • Minta khidmat profesional seperti kounselor , ahli terapi  atau doktor .



2 comments: