Tuesday 2 February 2016

DAYA TAHAN OTOT

Terdapat 3 komponen kecergasan yang berkait terus dengan otot :
  • Daya Tahan Otot 
  • Kekuatan Otot
  • Kuasa Otot
Komponen kecergasan fizikal yang menjurus kepada keupayaan otot atau kumpulan otot untuk menguncup berulangkali dalam jangkamasa yang panjang tanpa cepat berasa lesu ialah daya tahan otot.

2. Daya tahan otot terbahagi kepada dua iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan otot dinamik.

3. Daya tahan otot statik ialah kebolehan otot untuk mengekalkan kontraksi pada jangka waktu yang panjang pada kedudukan tetap dan pegun. Daya tahan otot jenis ini juga lebih dikenali sebagai isometrik.

4. Daya tahan otot dinamik ialah kebolehan otot untuk menguncup dan memanjang secara berulang-ulang. Daya tahan otot dinamik terbahagi kepada dua iaitu isotonik dan isokinetik.

5. Contoh aktiviti rintangan untuk daya tahan otot adalah seperti tekan tubi, bangun tubi, mendagu, naik turun bangku, lompat selang-seli .

6. Latihan bebanan, isotonik, isometrik dan beberapa aktiviti seperti berlari, dan senamrobik berupaya meningkatkan daya tahan otot.

Antara aktiviti latihan bebanan bagi meningkatkan daya tahan otot ialah :
  • Half Skuat 
  • Bench press
  • Hamstring curi
  • Back extension
  • Crunches